Tuesday, December 20, 2011

Demam Peperiksaan

In the Name of Allah

InsyaAllah, mulai 3 Januari 2012-20 Januari 2012, para pelajar di UNIMAS akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester 1, 2011-2012. Aku juga tidak terkecuali untuk menduduki peperiksaan tersebut. Semester ini, aku mengambil 4 subjek sahaja dengan mata 10 jam kredit dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku belajar di UNIMAS selama 3 tahun setengah.

Sekejap sahaja 3 tahun setengah itu berlalu, pejam celik pejam celik, alhamdulillah, berjaya juga aku menghabiskan pengajianku pada peringkat ijazah ini.

Sekarang, aku sudah mula merancang kehidupanku sama ada untuk menyambung pengajian pada peringkat sarjana @ master, atau pun bekerja. Impian ku adalah untuk menyambung pengajian lagi kerana aku mempunyai satu cita-cita yang tinggi untuk menjadi P _ _ S _ _ R _ H. InsyaAllah, sekiranya rezeki ku ke arah itu. Aku cuba buat yang terbaik dalam peperiksaan akhir ku ini agar dapat mencapai cita-cita ku itu! InsyaAllah..

Monday, November 14, 2011

14 November 2011

In the Name of Allah

Alhamdulillah, syukur sekali lagi kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, memberikan kita pinjaman nyawa untuk bernafas sehingga ke hari ini.

Hari ini 14 November 2011, Isnin, bersamaan 17 Zulhijjah 1432 Masihi, merupakan hari yang teristimewa kerana merupakan ulang tahun kelahiran abahku yang ke-64 tahun. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan aku seorang ayah yang sangat penyayang, murah dengan senyuman, peramah dan sentiasa mengambil berat akan anak-anaknya.


Sunday, November 13, 2011

13 November 2011

In the Name of Allah

Alhamdulillah, segala pujian ku panjatkan kepada Allah S.W.T dan selawat ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, hari ini Ahad yang bertarikh 13 November 2011 bersamaan 16 Zulhijjah 1432 M lahirlah seorang mujahidah comel pada pukul 1 pg tadi. Alhamdulillah, setelah puas ku menunggu kelahirannya, aku mendapat mesej daripada abang ipar ku yang berbunyi "Salam aida selamat bersalin anak ketiga perempuan jam 0100."

Alhamdulillah, seronoknya ku membaca mesej tersebut, Allah sahajalah yang mengetahuinya. Akhirnya, kakakku yang tercinta selamat melahirkan seorang puteri lagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu ini. Aku doakan semoga anak saudara ku ini akan menjadi penyejuk mata buat mak dan abahnya itu. Amin.

p/s: tak sabar makcu nak jumpa kamu..hehe..

Friday, October 7, 2011

Perjuanganku bermula di sini

In the Name of Allah..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan juga kepada sahabat serta seluruh keluarga Baginda.

Alhamdulillah, sudah 4 minggu saya dan kawan2 seperjuangan yang lain mengikuti kelas pada semester ini. Akhirnya kami dapat juga menarik nafas lega kerana subjek yang hendak didaftarkan sudah ada dalam senarai SMP. Alhamdulillah.

InsyaAllah, semester ini saya mengambil 4 subjek lagi untuk menghabiskan pengajian terakhir di UNIMAS yang dicintai ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya dan juga sahabat-sahabat yang lain.

Teruskan usaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang agar ibu bapa berbangga dengan kita. Jangan mudah berputus asa sekiranya pelbagai dugaan dan rintangan yang akan kita hadapi sepanjang bergelar mahasiswa dan mahasiswi ini.

Jaga hubungan dengan Allah sebaiknya. (Kadang kala diri ini pernah melakukan kesilapan jua). Jaga hubungan dengan ibu bapa. (Telefonlah mereka di kampung untuk bertanya khabar dan meminta restu). Jaga tingkah laku dan hormati para pensyarah @ guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada kita sehingga ke hari ini. (Doakan mereka selalu). Jaga hubungan dengan sahabat2 di sekeliling. (Walaupun sahabat itu tidak menganggap kita ni orang penting, tetapi yang penting kita sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dirinya). InsyaAllah, Allah S.W.T sentiasa bersama dengan kita. Percayalah!

So, buat yang terbaik!

Mudah-mudahan kita berjaya!

InsyaAllah.


Itulah dia "Perjuanganku bermula di sini".
Semoga berjumpa lagi dengan agenda yang seterusnya. Wassalam.

Thursday, September 22, 2011

"Villa Tarbiyah"

In the Name of Allah

Apa khabar pembaca setia salamukhuwahfillah? Saya mendoakan semoga kalian sentiasa sihat walafiat selalu hendak-Nya dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu. Insya-Allah.

Sudah lama tidak menjenguk ke blog tercinta ini, maklumlah minggu ini sibuk dengan pendaftaran kursus bagi semester baru dan mencari rumah sewa di Desa Ilmu.

Alhamdulillah, saya bersama sahabat2 yang lain sudah pun menjumpai rumah sewa tersebut. Rumahnya agak besar, rumah teres dan paling menggembirakan kerana ianya mengambil masa 25 minit berjalan kaki untuk memasuki ke Unimas. Wah, jauhnya. Tetapi, dengan berkat kesabaran kami 6 orang, akhirnya sampai juga ke Depo Bas Unimas.

Alhamdulillah, rumah kami tidaklah sepenuhnya ada kelengkapan rumah, tetapi kami bersyukur asalkan ada tempat berteduh dan berlindung daripada hujan, angin, ribut, pancaran cahaya matahari dan juga binatang buas. Kami berasa sangat seronok tinggal di rumah tersebut.

Insya-Allah, dalam masa terdekat kami akan mengemas halaman depan dan belakang rumah tersebut agar ianya sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jemputlah datang ke rumah kami ya. "VILLA TARBIYAH" nama diberi.

Semoga ikatan ukhuwahfillah akan menyerap dalam diri setiap ahli rumah tersebut dan saling menyayangi antara satu sama lain. Ya Allah, Kau jauhkanlah kami di dalam rumah tersebut daripada berpecah belah, bergaduh, tidak bertegur sapa dan seumpama dengannya. Amin Ya Rabb.

Insya-Allah, semoga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang. Salam.

Wednesday, July 20, 2011

Bersedia Menghadapinya


Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana anda diberikan satu tempoh masa untuk melakukan sesuatu dan setelah tempoh itu habis, maka anda dilarang dari melakukan perkara tersebut? Sekiranya perkara ini terjadi, maka apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Sebagai contoh, anda diberi masa sebulan untuk menyiapkan sebuah kereta untuk satu perlumbaan. Setelah tempoh sebulan berlalu, anda tidak dibenarkan lagi melakukan apa-apa. Sudah tentu anda akan menggunakan masa sebulan itu dengan sebaik mungkin untuk menyediakan kereta yang terbaik. Tayar terbaik digunakan, minyak mencukupi dan berkualiti, badan kereta yang sesuai untuk berlumba dan bermacam-macam lagi yang anda lakukan.

Berdasarkan tajuk kali ini, pernahkah anda terfikir bahawa syaitan juga akan menggunakan masa dan peluang yang ada dengan semaksima dan sebaik mungkin untuk persiapan melalui bulan Ramadan?

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Daripada Rasulullah SAW:

“Apabila masuk bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari)

Berdasarkan mafhum hadis ini, ketahuilah kita bahawa syaitan akan dibelenggu pada bulan Ramadan. Jadi sudah tentu syaitan akan menghasut, mengerahkan segala usaha, menggunakan segala tipu daya agar segala janji syaitan untuk menyesatkan manusia terlaksana walau dalam keadaan mereka dibelenggu di bulan Ramadan.

Nafsu manusia akan dilatih, disuap, dibelai dihidangkan dengan keseronokan dan keasyikan agar di bulan Ramadan nanti, ia akan menjadi raja yang memerintah manusia. Itulah yang sering terjadi. Walau di bulan Ramadan, masih ada kerosakan dan maksiat yang dilakukan manusia.

Dengan itu, ketahuilah kita bahawa masa atau fasa sebelum masuknya bulan Ramadan adalah fasa dan waktu yang sangat kritikal. Ia akan menentukan keberjayaan dan prestasi kita pada bulan Ramadan tersebut.

Sebagaimana nabi kita Muhammad SAW mendidik kita dengan doa seperti yang diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Rasulullah SAW, apabila memasuki bulan Rejab berkata: Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan – riwayat Imam Ahmad dan al-Tabarani.

Begitulah antara isyarat-isyarat yang baginda tunjukkan kepada kita. Pentingnya keberkatan dari Allah serta perlindungan dan rahmat-Nya pada fasa dan waktu sebelum kita memasuki bulan Ramadan.

Jadi,bagaimanakah caranya untuk kita persiapkan diri kita dalam tempoh waktu yang kritikal ini? Apakah yang perlu kita lakukan?

Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan antaranya:

  1. Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW hendaklah kita selalu berdoa “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Kerana hanya dengan hidayah dan kasih sayang Allah sahaja yang mampu menyelamatkan kita dari nafsu dan syaitan.
  2. Bertaubat yang benar. Agar hati kita bersih dari belenggu dosa dan nafsu yang menyesatkan. Mudah bagi kita untuk melawan nafsu. Agar di bulan Ramadan, kita seperti kain putih yang ingin dicorakkan dengan tarbiyyah Allah SWT.
  3. Perbanyakkan puasa sunat kerana ia mampu mendidik dan melatih nafsu kita. Mengawal diri kita dari keinginan yang merosakkan. Puasa sunat di bulan Rejab dan Sya’ban, puasa Isnin dan Khamis. Jika ada puasa yang perlu diganti, maka bersegeralah menggantikannya.
  4. Perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Agar waktu-waktu terluang kita diisi dengan beribadah kepada Allah. Kerana jika tidak, sudah tentu kita akan mengisinya dengan perkara yang sia-sia dan maksiat.
  5. Menghidupkan suasana di rumah dan di tempat-tempat yang selalu kita ada seperti di tempat kerja dan juga di dalam kenderaan. Kita boleh menampal poster atau kad berkaitan Ramadan,memasang lagu Ramadan, menghantar SMS dan kad ucapan Ramadan, menanda kalendar agar kita sentiasa sedar akan kedatangan Ramadan dan bersedia untuk menyambutnya.
  6. Muhasabah diri. Sekiranya dalam tempoh waktu yang kritikal ini kita masih lagi leka dan alpa dengan perkara kemaksiatan dan perkara yang sia-sia seperti melihat perkara yang haram, melayan movie yang tidak elok, bermain game 24 jam, mencarut, membuang masa, meringan-ringankan sembahyang, maka ketika itu haruslah kita berhenti dan berazam meninggalkannya sebelum kita terlewat. Kerana apabila kita sudah biasa melakukannya, maka kita akan terbiasa melakukannya walau ketika bulan Ramadan.
  7. Melatih diri dari sekarang dengan bersedekah, qiamullail, berzikir, puasa sunat, membaca quran, melawan perasaan malas.
  8. Merancang Ramadan anda. Kalau boleh sediakan borang atau senarai perkara-perkara yang perlu dan ingin dicapai di bulan Ramadan. Seperti sasaran berapa kali hendak khatam, solat fardhu jemaah di masjid, qiamullail, sedekah dan lain-lain.

Itulah serba sedikit perkongsian persediaan-persediaan yang lebih utama kita lakukan dalam tempoh kritikal sebelum kita menyambut Ramadhan.

Rugilah bagi sesiapa yang melalui Ramadhan dan Allah tidak mengampunkan dosanya.


sumber: http://www.ismaweb.net


--Alhamdulillah--


Moga dipermudahkan urusan ;)


In the Name of Allah

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia-Nya. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada para sahabat dan keluarga Baginda.

Allamdulillah, hari ini aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, penulisan ilmiah ku sudah boleh dijilid. Baru sahaja petang tadi aku mengambilnya daripada Pakcik Munir. Terima kasih banyak2 ye Pakcik. Jasamu akan ku kenang selamanya. InsyaAllah.

Bajet untuk print penulisan dan jilid ialah print = RM52.20 dan jilid pula = RM54.00. Semua sekali RM106.20. Wah, banyak juga ye. Hehe. Botak kepala lepas ni. Tapi takpelah, demi Projek Tahun Akhir (PTA) ku, aku sanggup mengorbankannya. Terima kasih kepada ibu bapa ku di kampung kerana menghulurkan bantuan kewangan untuk menyempurnakan proses menjilid penulisan ku ini. InsyaAllah, Adik akan sentiasa mengingati perngorbanan Mak dan Bah. InsyaAllah.

Hari esok aku akan menghantar penulisan ku itu kepada supervisor ku dan 2 set lagi ke Pejabat Am Fakulti. Semoga dipermudahkan urusan. InsyaAllah. Lepas je hantar penulisan ini, barulah aku rasa lega sikit ya. Hehe.

Ok, itu sahaja untuk tatapan pada petang ini. Nak pi makan jap. Ok, jumpa lagi. Salam.



Tuesday, July 19, 2011

Persediaan Menghadapi Ramadhan


Banner Seminar SMART Ramadhan


17 Julai, Kota Samarahan – Biro Dakwah ISMA Cawangan Kuching telah menganjurkan seminar “Semarak Mubarak Amal Raih Taqwa” (SMART Ramadhan 1432) bertempat di Pejabat ISMA Kuching, Kota Samarahan dengan dihadiri oleh lebih 50 peserta lelaki dan wanita yang terdiri daripada para pelajar Pusat ASASI Unimas dan UiTM. Seminar ini ialah kali kedua dianjurkan setelah penganjuran kali pertamanya pada tahun lepas sebelum menyambut ketibaan Ramadhan 1431 hijrah.

Program bermula pada jam 7.45am dengan sesi pendaftaran sebelum slot ceramah pertama dimulakan pada jam 8.30am, yang disampaikan oleh Ust Sarbini bin Dahlan, Pegawai Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Kelebihan Ramadhan” yang mengupas secara tuntas tuntutan puasa dan hikmah pensyariatan ibadah puasa, di samping menyentuh beberapa isu yang berlaku dalam masyarakat terkait dengan puasa dan bulan Ramadhan.

Program diteruskan dengan slot kedua bertajuk “Fiqh Puasa” yang disampaikan oleh Ust Mejar Hj Muntaha bin Hj Saleh, Pegawai Staf 2 Agama dari Markas 3 Briged, Kem Penrissen Batu 8, juga merupakan Biro Dakwah ISMA Kuching. Beliau menghuraikan aspek hukum-hakam puasa dan isu-isu semasa yang berkaitan. Di hujung penyampaian, para peserta mengajukan beberapa persoalan feqah yang sering berlaku dalam kehidupan. Slot ini adalah slot yang paling dinanti-nantikan kerana objektifnya adalah mengukuhkan kefahaman dan menambahkan keyakinan para peserta sewaktu melaksanakan ibadah puasa kelak.

Slot yang terakhir disampaikan oleh Saudara Mohd Hanis bin Mohd Nor, pelajar Fakulti Perubatan UNIMAS tahun 5. Bertepatan dengan bidang pengajian beliau, tajuk yang dikupas ialah hikmah puasa dari sudut kesihatan. Beliau membentangkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana perubatan yang membuktikan bahawa amalan berpuasa memberikan impak positif dalam pelbagai aspek kesihatan tubuh badan.

Seminar SMART Ramadhan 1432 ditangguhkan pada jam 1.00pm. Diharapkan penganjuran seminar ini dapat membantu para peserta membuat persediaan dan sebagai peringatan untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Mudahan kita dapat menyambutnya seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith;

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غُفِر له ما تقدَّم مِن ذنبه

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (HR al-Bukhari dan Muslim)


video

Video montaj penutupan Seminar SMART Ramadhan


Poster seminar SMART Ramadhan

Thursday, July 14, 2011

Rindu sudah terubat

In the Name of Allah

Alhamdulillah. Sudah lama tidak mengemaskini blog tercinta ini. Apa khabar sahabat2 ku sekalian? Sihat? Iman antunna hari ni sihat? Sha mendoakan semoga semuanya sihat alhamdulillah dan ceria selalu hendak-Nya. Minggu ni saya sibuk sikit kerana hendak menyiapkan penulisan ilmiah untuk memastikan ianya dapat dijilid sebelum balik ke kampung halaman nanti. InsyaAllah, saya amat memerlukan doa daripada kalian agar dipermudahkan urusan. Amin.

Rindu sudah terubat?? Eh, rindu kat siapa pula ni?? Ha, senyap2 dah pandai rindu2 ye. Hehe. Owh.. Sebenarnya rindu tu kepada murabbiyah saya yang tercinta iaitu Ukhti _ _ _ _ _. Tak perlulah tahu, hanya Allah dan saya je yang tahu siapa insan bertuah itu. Hehe. Minta maaf ya.

Sebenarnya, lama dah saya sudah tidak berjumpa dengan beliau. Al-maklumlah baru2 ini, keluarganya datang ke Sarawak, so beliau mestilah melayan dahulu keluarganya. Tu yang sibuk tu. Hehe. Kami pun tak nak la kacau, cuma hantar mesej je sebagai tanda kerinduan.. ^__^

Hari ini, akhirnya Allah telah menemukan jodohku untuk berjumpa dengan beliau dan anak2nya sekali. Wah, bestnya. Memang rindu bangat sama beliau!! Hehe. Petang tadi saya temankan beliau ke hospital untuk membuka jahitan si mujahid kecil tu. Jatuh tangga pula. Ish3.. Tu la ammah sha suruh duduk diam2 tapi tak nak dengar ya, kan dah jatuh. Hehe.. Takpe2, masa kecik memang la nakal sikit. Nak membesar kan...

Lepas balik daripada hospital, kami pun balik semula ke kolej Bunga Raya tercinta. Duduk rehat sebentar sambil minum petang dan seterusnya mereka pun balik ke rumah.. Alhamdulillah, akhirnya, aku dapat juga berjumpa dengan si dia..^__^




Rindu sudah terubat,
NSAM,
BRC tercinta.

Friday, July 8, 2011

Hamba-Mu

video

Jom kita tenangkan fikiran yang berserabut tu dengan melihat video klip daripada Imam Muda ni..Semoga terhibur.. ^__^

Kerana Kita Cinta



Peta Dunia Takdir ~ Rekaan Aiman Rosli.

Saya enjoy menulis cerpen ini.

Sebab saya sekarang amat suka menulis berkenaan Dunia Takdir.

Jadi, kepada yang mungkin tertanya-tanya berkenaan Kiai Songo di dalam Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam,

enjoy cerpen ini.

Semoga bermanfaat.

Enjoy!

Pedang yang unik itu sudah berada di pangkal lehernya. Mata si mangsa sedang terbuntang tidak percaya. Pemilik pedang pula memegang erat hulu senjatanya.

“Abang Fathi, hapuskan dia sekarang!” Kiai Alam melaung, sebelum matanya kembali kepada lawan yang tadi bertempur dengannya. Jeneral O Zero yang kini ditangani oleh sahabatnya, Kiai Awan. Dia terus melangkah, melayang dan menghujamkan dua goloknya kepada lawannya itu.

Kiai Bumi kelihatan berada tidak jauh daripada medan pertempuran Kiai Alam dan Kiai Awan. Lelaki tegap itu sedang menggerakkan kedua tangannya, kemudian menepuk ke ais yang menjadi bumi mereka kini. Cerucuk-cerucuk tajam naik tidak jauh dari tempat tepukan, menjulang ke udara menyerbu Jeneral Valdis yang sedang berusaha melompat setinggi mungkin. Kiai Hutan yang bertempur dengan orang yang sama, kelihatan berlari mengelilingi tempat itu dan melancarkan panahannya ke arah Valdis. Namun Jeneral Utopia itu cekap mengelakkan diri dari kedua-dua serangan. Tetapi tidak pula kelihatan dia di pihak yang menang. Hakikatnya Jeneral Valdis sedang terhimpit.

Di arah yang lain, kelihatan Jeneral End sedang memutarkan tombak tiga matanya, sebelum menunduk untuk mengelak pedang milik Kiai Langit. Tetapi pada saat yang sama jugalah, siku Kiai Api hinggap pada topeng wajah Jeneral itu. Jeneral End terundur beberapa langkah sambil berusaha menstabilkan dirinya.

“Brrrrr…” Suara Jeneral Rafael tidak kedengaran, kerana dia kini terperangkap di dalam bebola air. Seorang lelaki berbaju biru cair sedang menyatukan kedua-dua belah tangan pada paras dada. Kiai Laut namanya.

“Celaka!” Jeneral Izrayel Junjaki menepuk bumi. Merekah ais yang menjadi tanah di Utopia. Dia masih gagal memenangi pertarungan ini. Separuh kekuatannya telah pergi apabila bertempur dengan Kiai Suci di awal pertempuran. Dan kini berdiri di hadapannya seorang kiai yang amat misteri. Kiai Sunyi.

“Bangun Jeneral terhebat Utopia. Bangun. Kerana sesungguhnya tiada yang akan mampu menewaskan kami, melainkan yang diizinkan-Nya.” Kiai yang buta itu mengangkat sebelah tangan, menggerakkan empat jemarinya gaya mencabar.

“Argh!” Izrayel bangkit menghunus pedangnya bersama tenaga yang tersembur-sembur. Tetapi Kiai Sunyi langsung tidak tertekan dengan tenaga yang berat itu. Tujahan pedangnya, dielak dengan jarak helaian rambut. Pergelangan tangannya disiku, dan pada masa yang sama dagunya menerima tumbukan keras.

Sekali lagi dia terjatuh, manakala Kiai Sunyi berdiri utuh dalam kekuda yang siaga.

“Abang Fathi! Apa yang ditunggu lagi?” Sekali lagi Kiai Alam melaung. Pedang Gergasi milik O Zero baru sahaja melayang dan terpacak jauh dari pertempuran akibat seni golok kembarnya yang hebat.

Kiai Suci masih seperti tadi. Bersama Sang Asura, makhluk yang berhajat untuk membawa dunia ke alam kegelapan.

“Kiai Suci, apakah kau menyangka, dengan menghabiskan aku hari ini kau akan menyelamatkan dunia?” Sang Asura bersuara garau dan menakutkan. Matanya merah menyala. Kiai Suci kaku sahaja. Sedangkan, jika dia menggerakkan pedangnya hanya sedikit, maka Sang Asura hanya akan tinggal sejarah sahaja.

“Abang Fathi!” Kiai Alam melaung lagi. Jeneral O Zero sudah berada di bawah telapak kaki Kiai Awan.

Tiba-tiba, Kiai Suci menurunkan pedangnya.

Mata Kiai Alam membesar.

“Kita pulang.” Satu persatu tangga kebesaran itu dituruni.

“Mengapa?” Kiai Alam meninggalkan O Zero dan Kiai Awan. Tidak berpuas hati dengan keputusan Kiai Suci.

“Kerana membunuhnya hari ini, tidak akan menyelamatkan dunia.” Pedang di tangannya, dimasukkan semula ke dalam sarung yang tersandang di belakang tubuh. Kiai Suci bergerak terus meninggalkan kawasan Istana Hitam milik Sang Asura.

Kiai-Kiai yang lain turut berundur. Tidak seperti Kiai Alam, mereka patuh tanpa bicara kepada Kiai Suci. Mereka tidak pula dikejar oleh lawan-lawan mereka. Kerana masing-masing tahu apakah pengakhirannya sekiranya pertarungan diteruskan. Kecuali seorang.

Tanpa suara, Jeneral End menyerang dari belakang secara mengejut. Ketika ini, pedang milik Kiai Suci terhunus dengan sendiri, melayang menghentikan serangan tombak tiga mata daripada Jeneral Utopia itu. Jeneral itu kembali hendak menapak ke tanah, namun Kiai Suci sudah berada di hadapan Jeneral.

Waktu seakan menjadi perlahan.

“Apakah kau bahagia dengan kehidupan begini, End?” Mata Kiai Suci bersinar saat melafazkan persoalan itu, sebelum tubuh End yang terapung itu dihentam sepenuh tenaga dengan kedua-dua belah telapak tangannya, menjadikan Jeneral Utopia itu melayang seperti pucuk yang dilancarkan, menghentam singgahsana Sang Asura.

“Asura!” Kiai Suci bersuara sambil menyarung semula pedangnya. Matanya tepat memaku Sang Asura.

“Takdir Allah itu takkan pernah menyebelahi musuh-musuhNya.”

Sang Asura tertawa. “Dan aku tak pernah mempercayai Dia.”

Kiai Suci berpaling, dan terus bergerak keluar dari Istana Hitam. Di perkarangan Istana, kelihatan ribuan tentera yang sedang menggerumuni. Tetapi tiada yang berani mendekati sembilan orang lelaki itu. Ribuan mayat yang wujud menjadi hamparan di atas bumi kini adalah penyebabnya. Ketua Utama Tentera Elit Utopia yang sedang bertongkatkan tombak hitamnya, berlumuran darah bersama zirah yang koyak rabak juga adalah salah satu sebab. Semua itu adalah akibat serbuan sembilan lelaki ini.

“Long Berk, nyata Allah masih memanjangkan usia kamu hari ini.” Kiai Suci bergerak melepasi Ketua Utama itu.

Mereka sampai ke hujung daratan ais, dan di hadapan mereka kini laut yang teramat sejuk. Tetapi tiada satu pun antara Kiai itu yang berhenti melangkah. Semua terus bergerak, menapak di atas air, seperti berjalan di atas lantai yang solid.

Long Berk hanya mampu melirik sembilan lelaki itu yang bergerak pergi.

“Celaka.” Dia mengetap bibirnya yang penuh dengan darah.

*******

“Abang, saya masih tidak mengerti!” Kiai Alam meninggikan suara.

Kiai-kiai yang lain senyap sahaja melihat Kiai Alam yang kini berdiri betul-betul di hadapan Kiai Suci.

“Bukankah pedang itu adalah apa yang akan memberikan kemenangan kepada kita?” Pedang milik Kiai Suci yang kini damai di atas meja, berada di hujung telunjuknya. Matanya kekal terpaku pada Kiai Suci.

Kiai Suci menggeleng.

“Misi kita, adalah mengislah dunia wahai sahabatku. Bukan untuk membunuh Sang Asura.” Kiai Suci menjawab lembut.

“Tetapi, sekarang, dengan membunuh Sang Asura, dunia akan terislah. Bukankah itu sebab utamanya yang kita pergi menyerbu Tanah Beku itu?!”

“Di situlah kita silap membuat perkiraan.” Kiai Suci menghela nafas. Kedengaran istighfar bergayut perlahan pada bibirnya.

“Silap?”

“Bagaimana agaknya jika selepas Sang Asura mati?” Kiai Suci memandang sahabat-sahabatnya yang lain.

“Dunia akan terselamat?” Kiai Alam pantas menerka.

“Tidak Abang Benjamin.” Keegan, atau Kiai Api menjawab. “Dunia akan rosak di tangan pemimpin-pemimpin Lima Kerajaan.”

Lima Kerajaan, adalah hakikatnya Kerajaan yang agama rasminya adalah Islam. Namun korupsi dan ketamakan pemimpin mereka, menyebabkan dunia jatuh ke kancah kerosakan dan huru-hara. Sang Asura juga hakikatnya adalah hasil perbuatan mereka. Mereka adalah pemimpin yang menghalang Kiai Songo untuk menjejak ke wilayah mereka menyebarkan kebenaran. Mereka adalah yang kemudiannya, tidak menghiraukan nasihat dan pandangan Kiai Songo untuk pertempuran dengan Sang Asura.

Kini, Sang Asura telah berkuasa dan sudah menewaskan hampir kesemua Kerajaan, kecuali Kerajaan Utama. Saki-baki tentera untuk kerajaan-kerajaan yang lain telah berkumpul di Kerajaan Utama.

“Sang Asura itu, sebenarnya adalah ‘teguran’ Allah kepada mereka. Dengan membunuh ‘teguran’ itu, bukankah kita tidak akan memberikan apa-apa kebaikan?” Kiai Sunyi bersuara.

Kiai Alam terdiam. Seakan-akan tersedar.

Tetapi, tetapi…

“Kau wahai adindaku Benjamin…” Tiba-tiba dadanya disentuh lembut oleh Kiai Suci. Terasa seakan-akan sentuhan itu benar-benar menyentuh jiwanya. “Ada dunia di dalam jiwamu. Benar?”

Ketika ini mata Kiai Alam membesar.

“Kau letih dengan perjuangan ini. Penat dengan perjuangan ini. Dan kau ingin segalanya berhenti bukan?” Mata jernih Kiai Suci menyapa matanya.

Tubuh Kiai Alam bergetar. Ketika itu juga air matanya mengalir.

“Kita sudah semakin hampir menamatkan peperangan ini. Sang Asura tidak akan lagi menganggu keluarga kita. Lima Kerajaan hanya akan bertempur sesama mereka. Kita pula telah menyelesaikan tanggungjawab memberikan teguran.” Suara Kiai Alam meninggi.

Kiai Suci menggeleng.

“Tugas ini, tidak pernah selesai, melainkan kita bersamanya hingga saat kematian, wahai Benjamin.”

“Kenapa? Kenapa kita mesti bersusah payah begini untuk manusia lain?” Kiai Alam mengangkat wajahnya. Lurah air mata masih kelihatan berbekas pada kedua-dua pipinya. Nada suaranya juga sebak.

Semua kiai mendiamkan diri. Sepatutnya, Kiai Alam sudah memahami akan persoalan yang dikeluarkan itu. Tetapi dek kerana terkelabu dengan emosi, yang selama ini menyangka bahawa dengan tumbangnya Sang Asura, maka itulah kemenangan yang sebenarnya dan selepas itu hari bersenang-senang akan tiba, dia terlupa akan hakikat mengapa mereka perlu bersusah payah untuk manusia lain.

“Kerana kita ini adalah yang sedar dan faham, akan hakikat sebenar manusia didatangkan ke atas dunia ini, Benjamin.” Kiai Laut berbicara.

“Aku tidak mahu lagi begini. Kalian telah melakukan kesilapan yang besar!” Kiai Alam menepuk meja sekuat hati. Tenaga yang teralir, membuatkan meja itu roboh. Tetapi suasana tidak tegang, kerana kiai-kiai yang lain langsung tidak bereaksi.

Kiai Alam terus keluar dari teratak tempat mereka berkumpul.

Suasana di tempat perkumpulan itu masih sunyi, hinggalah Kiai Bumi bersuara:

“Abang, adakah kita tidak perlu mengejar?”

“Dia akan kembali. Dia akan memahami. Tetapi bukan hari ini.”

Kiai Bumi menghela nafas. Hatta Kiai juga hakikatnya adalah manusia. Ada masa, terjatuh juga.

“Jadi Abang Fathi, di sinikah kita berpisah?”

Kiai Suci memandang Kiai Hutan yang bertanya. Kiai termuda dalam Kiai Songo. Kiai Suci mengangguk perlahan.

“Sebelum itu, aku ada beberapa perkara ingin kita bincangkan terlebih dahulu…”

*******

Hari itu, dia dapat melihat langit teramat gelap di satu penjuru dunia. Jiwanya sendiri tergerak dengan rasa yang kurang menyenangkan.

Usaha terakhir Lima Kerajaan untuk bertempur di Medan Mu’azzam yang berdekatan dengan Kota Terulung itu, menemui kegagalan. Walaupun dia tidak berada di sana, jauh sekali melihat apa yang berlaku, tetapi dia mengetahui. Dia adalah antara manusia yang istimewa, dikurniakan Allah SWT karamah, dibukakan beberapa kelebihan buatnya berbanding kebanyakan manusia biasa. Tetapi hanya tika Allah memberikan sahaja. Bukan dia boleh menggunakan semua kelebihannya sesuka hati.

Dia menghela nafas. Menunduk di beranda terataknya.

Ketika ini, dia dapat merasakan ada sepasang tangan yang lembut, memegang kedua-dua belah lengannya. Mengekori pasangan tangan itu, adalah sebelah pipi yang lembut, melandas pada bahunya.

“Kanda, apakah cahaya telah tewas hari ini?”

Dia menggeleng.

“Cahaya takkan tertewas adinda. Tinggal hari ini, gerhana telah bermula.”

“Kanda tidak pergi bersama sahabat-sahabat kanda? Mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan?”

“Berita terakhir adalah, kami semua diarahkan berdiam diri sehingga mendapat terserlah pada kami takdir untuk memunculkan diri.”

“Bila?”

Sekali lagi dia menggeleng. “Tetapi kami akan tahu bila masanya, bila kami diberitahu.” Kemudian dia melabuhkan pandangannya kepada perempuan di sisinya itu. Isterinya yang tercinta itu.

“Kita akan selamat di sini Adinda. InsyaAllah.” Walaupun tidak terserlah kerisauan pada wajah perempuan itu, dia menenangkan. Isterinya hanya tersenyum.

“Yang menyelamatkan kita bukan tempat, tetapi Allah SWT. Abang sebagai Kiai Alam, patut lebih mengetahui, bukan?”

Dia hanya mampu tersenyum. Kiai. Kadangkala, ada waktu dia hampir terlupa bahawa dia menyandang gelaran itu. Tidak seperti lapan sahabatnya yang lain, yang meneruskan pergerakan mereka dengan melakukan kerja masing-masing, dia telah meninggalkan alam perjuangan itu seluruhnya.

Kiai Suci membesarkan seorang remaja yang dikatakan sebagai manusia terpilih untuk menyelamatkan ummah. Kiai Bumi tinggal di Perkampungan Dafas meneruskan dakwah. Kiai Hutan pergi ke Chinmayi, memberikan bantuan kepada Kerajaan Islam di sana. Kiai Langit pergi ke Bumi Barakah dan Kiai Awan pergi ke Tanah Suci, membantu dua kerajaan di wilayah Tanah Haram itu. Kiai Laut berada di Uftzi, cuba berdakwah kepada Kaum Gergasi dan Makhluk Genetik yang berada di sana. Kiai Api pula berada di Amara, melaksanakan dakwah di sana. Kiai Sunyi tidak diketahui tempatnya, tetapi semua mengetahui dia masih bekerja di atas jalan ini.

Dia, Kiai Alam, sekadar duduk bersama isterinya, tinggal di satu pergunungan tinggi di Wilayah Midori. Wilayah yang dikuasai Jeneral Rafael. Tetapi tempatnya masih belum disentuhi.

“Kenapa abang tidak lagi keluar seperti biasa?” Isterinya bertanya. Tersentuh jiwanya dengan pertanyaan itu. Terasa bahawa isterinya telah lama menyimpan persoalan itu.

Tetapi dia menjawab tanpa nada. “Tiada maknanya.”

Ya. Buat apa keluar berjuang, jika di akhirnya hanya kekalahan?

Buat apa keluar menyeru, jika di akhirnya hanya penolakan?

Lebih baik dinikmati kesenangan saat masih ada.

Lebih baik dihayati bahagia saat masih wujud pada kita.

Itu fikirannya.

*******

Suasana di pergunungan itu dihiasi oleh suaranya yang mengalunkan Surah At-Taubah dari Kitab Langit. Dia tidak melihat bahawa kelebihan-kelebihan yang wujud padanya selama ini ditarik oleh Allah SWT. Walaupun dia telah meninggalkan jalan perjuangan, kelebihan-kelebihan itu masih bersamanya. Terbukti dengan rumput, pokok-pokok, dan haiwan-haiwan yang seakan-akan tunduk khusyuk mendengar bacaannya.

Dia hairan. Tetapi jiwanya dapat merasakan sesuatu. Allah memanggilnya. Tetapi dia cuba untuk tidak menyahut. Sebab dia sebenarnya sudah tidak percaya kepada perjuangan. Dia ingin hidup tenang.

Tiba-tiba, haiwan-haiwan yang mengelilinginya bangun dan melarikan diri. Kiai Alam mengangkat kepala.

“Ah, ada rumah rupanya di tanah ini.”

Sekumpulan manusia, berzirah gelap, bersenjata, sedang menjejak perkarangan terataknya. Dari zirah mereka, dia dapat melihat lambang Wilayah Midori. Ini adalah tentera Utopia.

Kiai Alam perlahan-lahan berdiri. Dia mula dikelilingi.

“Apa yang kamu baca itu wahai lelaki?” Salah seorang dari sepuluh tentera itu cuba menyambar Kitab Langit di tangan Kiai Alam. Tetapi pantas Kiai Alam mengelak.

“Ini adalah Kitab Langit, tidak boleh disentuh oleh tangan kamu yang bernajis.”

Sepuluh tentera utopia itu terkaku sebentar. Mungkin sebelum ini, tiada yang berani menjawab dan berkelakuan begitu terhadap mereka sebegitu rupa.

“Kurang ajar!” Salah seorang bertempik sambil menghayun pedangnya.

Kiai Alam terus mesampingkan senjata itu, sambil pada masa yang sama bergerak ke hadapan menujah penumbuknya pada halkum sang penyerang. Sang penyerang terundur ke belakang, kemudian jatuh melentang, mati di situ juga.

“Serang!” Reaksi yang sudah dijangka daripada tentera Utopia. Kiai Alam terus menundukkan tubuh, manakala sembilan penyerang sudah berada di atasnya menyerbu dengan senjata masing-masing. Suasana menjadi seakan-akan perlahan.

Bumi ditepuk sekuat-kuat hati. Aura mengalir pantas ke dalam tanah, ke sembilan titik, dan zarah-zarah mikro di dalam tanah digerak adun oleh aura tersebut, lantas menujah keluar dari tanah seperti tiang, menghentam semua penyerang pada perut masing-masing.

Kesembilan-sembilan penyerang terpelanting menjauhi Kiai Alam. Ketika itu jugalah dua bilah golok terbang dari dalam rumah, dan mendarat kemas di dalam genggaman Kiai Alam.

“Kamu buat kesilapan yang teramat-amat besar dengan menjejak ke mari.” Kiai Alam menghunus golok kembarnya. Terus dia meningkatkan tenaga dalamannya ke peringkat tertinggi, bergerak menuju mangsanya yang pertama.

Belum sempat berdiri, leher sudah diulit golok.

Mangsa kedua, menerkam, tetapi wajahnya menjamah telapak kaki Kiai Alam, dan dibawa menyembah bumi bersama tubuhnya, sebelum tubuh itu ditembusi salah satu dari golok kembar Kiai Alam.

Mangsa ketiga dan keempat datang serentak bersama tombak mereka. Seorang melibas ke arah kaki, seorang melibas ke arah kepala. Kiai Alam melangkah ke hadapan sebelum melompat sedikit, memutarkan tubuhnya antara dua tombak, dan kemudian berdiri di antara dua penyerang tersebut. Tombak kembarnya menebas leher kedua-dua penyerang itu.

Darah memancut ke udara. Tiga penyerang mara. Tetapi Kiai Alam dengan tangkas memukul titis-titis darah yang jatuh ditarik graviti, menjadikan semua itu seperti butiran peluru. Menembusi tiga musuhnya itu.

Dua penyerang terakhir menerjah. Seorang di atas darat. Seorang dari arah udara. Yang dari darat menujah pedangnya. Yang dari udara menerjah dengan tendangannya. Jelas kelihatan pada telapak kasutnya itu duri-duri tajam yang mampu mencederakan mangsa. Ketenangan Kiai Alam tidak terganggu.

Satu golok membawa bilah pedang mencium bumi sambil Kiai Alam menunduk mengelak serangan dari udara. Pemilik pedang terdorong ke bawah. Penendang menjejak bumi. Pemilik pedang ditarik kolar zirahnya dengan deras, melanggar rakannya yang melancarkan tendangan. Ketika ini Kiai Alam berputar pantas dan melepaskan kedua-dua bilah goloknya seperti pucuk yang dilancarkan, menembusi kedua-dua penyerangnya itu.

Tumbang.

Tinggal Kiai Alam sahaja yang berdiri, berlumuran darah musuh-musuhnya tadi.

Dia menghela nafas. Membuka kedua-dua telapak tangan. Seakan diseru, kedua-dua goloknya kembali di dalam genggaman.

Ketika ini isterinya berlari keluar mendapatkannya.

“Kanda!”

Dia mengucup dahi isterinya itu.

“Nampaknya adinda, kegelapan telah menyelimuti dunia, hingga pintu rumah kita pun diketuknya.”

******

Sudah lima kali mereka berpindah randah. Ke tempat yang dirasakan terpencil dan selamat di Midori ini. Namun setiap kali itu jugalah mereka akhirnya ditemui. Setiap kali berpindah, semakin pendek masa yang sempat dihabiskan dengan tenang.

Kini, mereka hanya bermalam di dalam khemah. Kiai Alam sekadar berjaga di luar, memastikan tiada penyerang yang akan mencederakan isterinya di malam hari.

Hatinya tergerak-gerak. Firasat jiwanya merasakan bahawa, apa yang dirasakan selama ini benar. Dia sedang di’tegur’ oleh Allah SWT. Dia teringat akan kisah seorang Utusan Langit bernama Yunus. Dia berlari keluar dalam keadaan marah dari perkampungan tempat dia sepatutnya melakukan dakwah. Tanpa mendapat arahan daripada Allah SWT.

Menaiki sebuah kapal, dia berlayar meninggalkan perkampungannya yang bernama Ninawa. Tetapi, belum jauh meninggalkan, laut menjadi kacau bilau cuaca menjadi tidak menentu. Kapal pula hampir karam, melainkan ada ahli yang dikorbankan dengan dicampakkan ke laut.

Ahli kapal membuat undian. Ajaibnya, dari bilangan ahli kapal yang ramai, nama Utusan Langit Yunus naik tiga kali berturut-turut. Ketika itulah Yunus merasakan bahawa, Allah memang hendak menegurnya atas sikapnya sebelum ini.

Dengan rela diri, dia terjun dari kapal, yang kemudiannya menyebabkan dia ditelan Ikan Paus. Sebab itulah, sebaik sahaja dia berada di dalam perut ikan tersebut, dia berdoa:

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini tergolong dari kalangan mereka yang zalim(pada dirinya sendiri, dengan bertindak tanpa mengikut perintah Allah).”

Kisah ini terdapat di dalam Kitab Langit, dan Kiai Alam amat mengingatinya dan memahaminya.

Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi. Tetapi dia tidak bergerak, kerana dia tahu itu adalah bunyi kuakan pintu khemah oleh isterinya.

“Kanda tidak mahu berehat?”

“Adinda tahu yang kanda tidak perlukan rehat.”

Isterinya hanya tersenyum. Walaupun mereka sudah agak berusia, dia tetap merasakan bahawa isterinya adalah yang tercantik di dunia.

“Agak-agak bagaimana dengan Bunyamin dan Sarah?” Isterinya menyebut nama kedua-dua anak mereka. Sudah besar panjang, dan masing-masing telah berkeluarga. Membawa diri masing-masing, dan terputus hubungan akibat peperangan yang melanda dunia.

“Entah. Tetapi insyaAllah, kalau sudah tiada di dunia pun, kita berdoa agar bertemu di akhirat sana.” Kiai Alam menjawab tenang.

“Kanda tidak terkilan jika mereka telah terbunuh di dalam peperangan yang melanda dunia hari ini?”

Kiai Alam menggeleng. Mati adalah pasti. Tidak perlu ditangisi. Nanti di akhirat akan bertemu kembali, sekiranya masing-masing masuk ke syurga Ilahi.

Isterinya tersenyum. “Jadi, mengapa tidak membuktikan kepastian kanda atas jalan perjuangan ini?”

Kening Kiai Alam terangkat. Terkejut dengan apa yang disuarakan isterinya.

“Sebagaimana kanda amat pasti bahawa mati itu adalah mesti. Dan kehidupan yang sebenar hanyalah di akhirat nanti, kemudian kanda buktikan dengan tidak terkilan dengan kematian mereka, mengapa tidak kanda membuktikan keyakinan kanda bahawa perjuangan ini adalah satu-satunya jalan untuk bahagia dengan menyertainya?”

Kini mata Kiai Alam membesar. Tertampar.

Kemudian perlahan-lahan menunduk.

“Kerana di dalam hati kanda, ada rasa untuk senang.”

Dia mengangkat kepala semula. Menatap wajah isterinya.

“Mengapa berjuang, jika memang akan tewas? Mengapa berjuang, jika tidak mendapat kesenangan?”

“Kanda, kita tidak berjuang untuk balasan di dunia. Kita berjuang untuk balasan di akhirat.”

“Kalau begitupun, mengapa mesti disia-siakan hidup kita ini untuk manusia-manusia yang tidak memahami? Kami berjuang, kami menyeru, tetapi manusia-manusia ini tidak menyahut dan bangkit menyedari.”

Isterinya melebarkan senyuman, dan menggeleng perlahan.

“Kanda, kita tidak menyeru mereka untuk apa yang mereka akan balas, atau apa yang mereka akan buat untuk kita. Kita menyeru mereka, kerana kita cinta. Kita cintakan mereka, kita ingin mereka menemui kebahagiaan. Sebagaimana kita yang bahagia dengan kebenaran ini, kanda.”

Kiai Alam diam. Ya. Dia hakikatnya memahami itu. Kefahaman itu adalah apa yang menggerakkan sahabat Utusan Langit Terakhir, Abu Bakr As-Siddiq untuk menyeru kepada orang lain agar kembali kepada Agama Langit, walaupun ketika itu Kitab Langit belum lengkap. Kerana kita bahagia dengan Agama Langit ini, memahaminya, menyedari kebenarannya, sebab itu kita ingin masyarakat juga merasai apa yang kita rasai. Sebab, kita cinta kepada mereka. Ingin mereka memasuki syurga bersama kita.

“Sebab itu, Abang Fathi memilih untuk tidak membunuh Sang Asura.” Isterinya bersuara. Isterinya itu turut mengenali Fathi Auni, Kiai Suci, juga kiai-kiai yang lain kerana mereka pernah berkumpul di rumahnya satu waktu dahulu.

“Kerana dia cintakan ummah ini. Dia ingin ummah ini tersedar dengan teguran daripada Allah SWT.”

Kiai Alam tertunduk kembali.

Tersedar dengan kesedaran yang kamil.

Tubuhnya terus terhinggut-hinggut menahan esak tangis.

Tetapi air matanya tetap menitis.

Dan kemudian esakannya menjadi kuat. Air matanya mengalir deras.

Apakah yang telah dia lakukan selama ini?

“Kau wahai adindaku Benjamin…” Tiba-tiba dadanya disentuh lembut oleh Kiai Suci. Terasa seakan-akan sentuhan itu benar-benar menyentuh jiwanya. “Ada dunia di dalam jiwamu. Benar?”

Dan suara itu kedengaran kembali. Membuat tangisnya menjadi-jadi. Dia berjuang untuk dirinya selama ini. Bukan untuk ummah. Dia hanya fikirkan akhiratnya, bukan akhirat ummah. Sungguh, dia khilaf!

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini tergolong dari kalangan mereka yang zalim pada dirinya sendiri!” Kiai Alam menjerit di dalam tangis.

Isterinya perlahan-lahan mengusap belakang tubuhnya.

Ketika ini jugalah kedengaran suara asing. “Bunyi apakah itu?” Dan telinga Kiai Alam menangkap suara itu. Musuh berada dekat dengan mereka rupanya.

Perlahan-lahan dia menyeka air matanya. Esaknya berkurangan.

“Adinda duduk di sini. Kanda pergi menyelesaikan mereka.”

“Kemudian?” Isterinya mengangkat kening sebelah sambil kekal tersenyum.

“Kemudian kanda akan penuhi tugasan kanda, sebagai Kiai Alam.”

Senyuman isterinya melebar, menghantar Kiai Alam yang menghilang di balik rimbunan hutan dan kegelapan malam.

Bunyi jeritan pejuang-pejuang yang tumbang membuntuti.

********

“Kanda mendapat petunjuk bahawa, pada aliran sungai ini, ada sebuah perkampungan bernama Hikari. Kanda tahu bahawa itu adalah perkampungan yang orang-orangnya menganut Agama Langit. Adinda pergilah berkampung di situ.” Kiai Alam membetulkan kain yang melitupi kepala isterinya.

Isterinya mengangguk.

“Semoga kanda tabah mengharungi perjuangan ini.” Pipi Kiai Alam dikucup penuh cinta.

“InsyaAllah.” Giliran dahi isterinya menerima kucupan daripada Kiai Alam.

“Doa adinda sentiasa bersama kanda.” Isterinya melambai tangan, saat sampan mula pergi dibawa arus sungai.

“Sama di sini.” Kiai Alam menepuk dada kirinya.

Apabila kelibat isterinya menghilang, Kiai Alam berpaling.

Cinta.

Dia cintakan ummat ini, sebab itu dia memilih untuk terus berjuang. Berjuang untuk memadamkan kegelapan yang menyelaputi dunia ini.

Agar ummat ini bahagia.

Dan mampu bergerak menuju ke syurga.

Dia dapat merasakan, tugasnya adalah di Ibu Kota Midori, Taiyou.

Maka langkahannya dikorak, menuju ke sana. Kerana cinta.

© Langitilahi.com

Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan bahan-bahan yang terdapat di sini, namun alamat langitilahi.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran pihak langitilahi.com terlebih dahulu

Mari Menjadi Hamba


Kredit to Langitilahi.com

Thursday, July 7, 2011

Engkaulah Inspirasi Kami

In the Name of Allah

InsyaAllah, hari esok 8 Julai merupakan ulang tahun kelahiran buat insan yang teristimewa dalam keluargaku. InsyaAllah, tahun ini genaplah umurnya yang ke-61 tahun. Subhanallah!! Masa berlalu begitu pantas. Begitu banyak jasa dan pengorbanan yang beliau kerahkan untuk membesarkan abang2, kakak dan akhir sekali adalah aku. Beliau sanggup bersusah payah membesarkan kami dan menjaga kami dengan sebaik mungkin serta sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kehendak anak-anaknya tercapai.

Alhamdulillah, hari ini anak-anakmu sudah semakin membesar dan ada juga yang sudah mempunyai keluarganya sendiri. Long, Ngah, De, Teh dan Chik.. Adik mendoakan semoga kita adik-beradik akan terus menjaga insan yang teristimewa ini sehinggalah akhir hayat kita. Rasanya tidak terbalas lagi dengan segala apa yang telah beliau berikan kepada kita selama ini.

InsyaAllah, semoga kita sebagai adik-beradik akan sentiasa tolong menolong dan berusaha menggembirakan insan yang teristimewa ini dengan menunaikan segala permintaan dan hajatnya. InsyaAllah.

Buat insan teristimewa ini, kami mendoakan semoga dikau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T selalu hendak-Nya. Halalkan makan minum kami selama ini. Tanpa doamu, tidaklah kami berjaya sehingga ke hari ini. Semoga kami sentiasa mengingati dan menyayangimu kerana Allah S.W.T. InsyaAllah.

Sesungguhnya dikaulah inspirasi kami!!

Nukilan daripada anakandamu di Bumi Kenyalang,
Adik.



Siapakan insan yang istimewa ini?? Cer teka? Hehe.. Beliaulah bondaku yang kini berada di kawasan perkampungan yang aman damai di Pekan, Pahang. Semoga mereka berdua (mak dan bah) sentiasa sihat selalu hendak-Nya. Jaga diri baik2 ya. InsyaAllah, seandainya ada umur yang panjang, kita akan berjumpa juga pada hujung Julai nanti. InsyaAllah.

Mak, Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran. Semoga dengan umur yang panjang ini, kita memperbanyakkan lagi amal ibadat kepada Allah S.W.T. InsyaAllah, amin Ya Rabb.

Syukur kepada-Mu

In the name of Allah..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia-Nya.

Hari ini aku dah dapat penulisan ilmiahku semula daripada supervisor yang dikasihi. Kena edit semula tu sebab ada lagi kesalahan ayat yang perlu diperbetulkan. InsyaAllah, sekiranya sempat, hari esok aku akan berjumpa dengan supervisorku itu. Semoga lepas itu, aku dah boleh jilid dah sebelum aku balik ke kampung halaman.

Petang tadi, aku berasa sangat terharu kerana housemate @ sahabat2ku bersusah payah buat steamboat untuk juadah berbuka puasa. Alhamdulillah, walaupun simple dan tidaklah nampak sehebat mana seperti berada di dalam restoran yang mahal, tetapi kami sangat bersyukur dan dapat mengisi semula perut yang kelaparan tadi. Hehe. Bestlah korang masak. Mungkin berkat air kasih sayang dalam masakan korang ni. Terima kasih ya sahabat2ku. Semoga Allah sahajalah yang mampu membalas jasa kalian.

InsyaAllah, Sha akan ingat detik2 ini bersama kalian. Begitu indah ikatan ukhuwahfillah kita ni. Semoga Allah mengeratkan lagi hubungan kita walaupun masing2 dah membawa haluan selepas habis belajar nanti ya.

Ok, rasanya, cukup di sini dahulu. Sha nak sambung edit penulisan jap ye. Hehe. Salam..

Tuesday, July 5, 2011

Sampaikan salam kerinduan buat mereka

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Tetiba hatiku terdetik rasa rindu kepada tiga orang sahabatku ini. Apa khabar mereka sekarang ye? Al-maklumlah seorang dah ada di Kelantan, seorang dah ada di Terengganu dan seorang lagi, masih ada di kolej Bunga Raya tercinta. Hehe.. Aku mendoakan semoga mereka sihat selalu hendak-Nya dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T hendak-Nya.

Sahabat2ku..
Aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya aku jarang untuk berjumpa dengan kalian. Mungkin masa tidak mengizinkan kita untuk berjumpa, tetapi percayalah walaupun kita jarang berjumpa, tetapi aku tetap mengingati kalian semua. Aku juga faham kalian sibuk dengan urusan masing2. InsyaAllah, seandainya ada masa yang sesuai dan umur yang panjang, kita akan berjumpa juga suatu hari nanti ya.

Buat sahabatku di Kelantan,
Aku mendoakan semoga dikau pandai menjaga diri dengan sebaiknya. Buatlah praktikal elok2 ya. Sha sangat merinduimu dan menyayangimu kerana Allah. Semoga kita akan berjumpa lagi pada majlis konvokesyenmu nanti. Sha mendoakan semoga dikau dipermudahkan urusan ya. Nanti bila dah bekerja, jangan lupakan kami di sini ya. ;)

Buat sahabatku di Terengganu,
Aku juga mendoakan semoga dikau sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta. Isikan masa cutimu dengan perkara yang berfaedah dan rajin-rajinkanlah menolong ibu bapa di kampung. Bila lagi nak berkhidmat untuk mereka kan?? Hehe.. Jaga kesihatanmu baik2 dan jaga pemakanan dengan sebaik mungkin ya. Hehe.. (macam doktor pula)..

Buat sahabatku yang jauh di mata, tapi dekat di hati,
Aku juga sentiasa mendoakan semoga dikau dipermudahkan urusan dalam pembelajaran antarasesi ini. Jangan mudah patah semangat tau dan aku mendoakan semoga dikau berjaya dalam peperiksaan akhir nanti. Rindu sangat dekat kamu. Hehe. Walaupun kita dekat, tetapi tidak sempat juga untuk berjumpa ya. InsyaAllah, seandainya ada masa nanti, aku akan menziarahimu. ;) Tunggu kedatanganku nanti. Hehe..

Begitulah ceritanya coretan untuk tiga orang sahabatku ini. Aku mendoakan semoga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi dan belajar bersungguh-sungguh ya demi masa hadapanmu. InsyaAllah, seandainya dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi pada semester hadapan. Salam rindu dan sayang daku kepada kalian bertiga. Aku sangat merindui kalian kerana Allah S.W.T. Semoga ikatan ukhuwahfillah kita akan berkekalan sehingga ke Syurga. InsyaAllah.

Kepada sahabat2 ku yang lain, jangan berkecil hati ya. Sesungguhnya sha juga merindui kalian kerana Allah S.W.T..

Minta maaf ye, jiwang karat sikit malam ni.. Hehe..

Menghitung hari

Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi mampu bernafas di muka bumi Allah ini. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabat serta keluarga Baginda.

Alhamdulillah, sekarang kita sudah memasuki 3 Syaaban 1432 H bersamaan 5 Julai 2011. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. InsyaAllah, semoga Allah memanjangkan lagi umur kita agar dapat bertemu dan menikmati ganjaran yang disediakan pada bulan yang mulia itu.

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi bulan tersebut dengan seluruh jiwa dan tenaga kita? Adakah kita mahu melepaskan ganjaran-ganjaran tersebut dengan begitu sahaja? Mungkin ada sesetengah yang berkata, "tak apa, tahun depan, kalau panjang umur, jumpa lagi dengan bulan Ramadhan". Itulah yang sering kita dengari. Manusia sering bersikap "tidak mengapa" dalam kehidupan sehariannya sehinggakan jika terlepas untuk membuat kebaikan pada bulan Ramadhan, tidak ada apa-apa yang dirisaunya, bahkan boleh berkata lagi sedemikian.

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Adakah kita mengetahui bilakah ajal kita akan datang? Mungkin hari ini, esok, dan seterusnya. Jadi, kita sebagai hamba yang dhaif ini, tiada kuasa pun untuk menghalang kehendak-Nya. Sekiranya Allah berkata kun fayakun, maka jadi la dengan kehendak-Nya.

Oleh itu, marilah kita muhasabah semula diri kita dan menjaga iman kita dengan sebaiknya kerana iman ini kadang-kadang boleh naik dan turunnya. Bergantung pada individu itu sendiri untuk menjaga iman dalam dirinya masing-masing. Yang penting jaga hubungan dengan Allah S.W.T selalu hendak-Nya. InsyaAllah. Nasihat untuk diri yang menulis coretan ini juga.

Akhir kata, sambutlah salam Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi dengan penuh harapan dan keampunan daripada Allah S.W.T. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita bersama-sama mendapat ganjarannya nanti. InsyaAllah.

Friday, July 1, 2011

Detik-detik itu..

Alhamdulillah. Hari ini, aku masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara segar serta dapat melihat awan yang sangat putih..Heheh..Minta maaf ye sebab lama dah tak mengemaskini blog kesayanganku ini..Tak tahulah ape nak jadi..Kesian kat awak ye, insyaAllah, nanti saya hiaskan awak cantik2 ye..Hehe..

Sebenarnya, nak cerita sikit ni..Pagi tadi baru sahaja menemani seorang sahabat pergi ke Hospital Umum Sarawak, kerana beliau hendak buat medical check-up. Ambil darah untuk tujuan perkahwinan. InsyaAllah, beliau akan bernikah pada tahun ini juga. Wah, aku pula gemuruh bila mendengar nurse mencucuk jarum ke dalam uratnya tadi..Huhu..Sakit tu..Tapi, takpelah, sekejap je sakit, lama-lama ok dah bila jarum masuk ke dalam urat..Kepada sahabatku itu, sha doakan semoga urusan pernikahan korang berdua akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Aku mendengar juga tadi, keluhan yang keluar daripada bibirmu yang mengatakan abangmu risau kerana wang perbelanjaan masih tidak cukup lagi.. InsyaAllah, rezeki itu ada di mana2 sahaja, memang la tidak nampak dek mata kasar, tapi yakinlah dengan janji Allah.. InsyaAllah, mungkin rezeki kalian berdua akan melimpah ruah selepas kalian diijab kabulkan nanti.. Amin..

Yang penting, sha doakan semoga dikau akan menjadi isteri yang solehah dan pandai menjaga hati suamimu nanti.. Semoga hubungan kalian berdua akan kekal sehingga ke Syurga.. InsyaAllah..

Ok, xpelah.. Cukup sampai di sini dahulu.. Nanti kita berjumpa lagi ya.. Hehe.. Ok, salam..

Tuesday, April 26, 2011

Indah bersama antunna berdua....NHI dan NHMZ...

Bismillah...

Alhamdulillah...aku diberi lagi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menulis beberapa coretan di dalam blog ini...dah lama dah tidak menulis kan....

Ok la..post aku kali ini adalah untuk menyatakan perasaanku apabila bersama dengan dua orang sahabat yang sangat aku cintai iaitu NHI dan NHMZ....

Walaupun kami berjauhan, tetapi rindu dan sayangku kepada mereka tiada berbelah bagi...Mungkin ada hikmah di sebalik-Nya kenapa Allah menjauhkan kami...hehe..padahal jumpa selalu tapi kolej je yang berlainan...aku di BRC mereka di Cempaka...jauh gak tu kan...hehe...

Semalam mereka berdua datang mabit ke rumahku...wah, gembiranya Ya Allah...hanya Allah saja yang tahu perasaanku ini..yelah, sape yang tak seronok kalau ada orang sudi datang ke bilik kita kan...hehe...

Mereka siap buatkan jemput @ cekodok lagi dari Cempaka...hasil air tangan NHI....wah, sedapnya...makan cekodok malam2, sambil minum air masak...hehe...air masak jelah ye, nak buatkan air, mereka cakap tak perlu la...so, ikut jela ek....hehe...

Lepas kami berborak, sempat lagi NHMZ nak tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)...ish3...sempat lagi yek...aku yang khusyuk study ERW tu, tergugat juga coz tengok diorang ketawa...cerita tu memang best, tapi ada juga keburukannya...tapi nak ditekankan di sini, ada juga la part2 yang perlu kita ambil coz cerita tu ada juga pengajarannya...ayat famous dalam cerita tu...nak tahu apa dia??? ha..ni la "ce citer, ce citer"....."kita bakor je, kita bakor"...huhu...sebab tu la kalau kita perasan, ayat tu dah jadi trend zaman sekarang...ye kot...atau pun mungkin pendapat saya sorang je kot...

Tujuannya bukanlah semata-mata nak tengok cerita tu, tapi kami pun pelik gak, apa la yang best sangat...tu yang kami pasang gak malam tu...

Erm...takpelah yek, berbalik semula kepada cerita dua orang sahabatku tadi...ha, lepas kami tengok cerita tu, kami pun terus jelah menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir sebagai penutupnya...yelah, kita ni sebagai manusia mungkin tak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah S.W.T sama ada yang besar mahu pun yang kecil...dan lebih-lebih lagi tadi kami dah menonton cerita HKLBR...mungkin kami ada ketawa terbahak-bahak kerana dek kelawakan cerita tersebut...kalau nak sambung tidur terus, takut tidak terjaga pula, alang-alang kami buat sebelum tidur...

Selesai semuanya, barulah kami beradu...hehe...sehinggalah bangun Subuh pula...Lepas solat Subuh berjemaah, aku pun cepat2 panaskan air untuk membuat air Vico kepada mereka berdua dan kebetulan ada roti dan marjerin planta di dalam bilikku, so aku pun buatkan roti yang di sapu dengan planta dan gula...sangat sedap...hehe...Alhamdulillah...



Lepas siap semuanya, tiba-tiba aku merempuh pula cawan plastik yang mengandungi air Vico tu...apa lagi..tumpahlah dia...terkena pula pada kain telekung NHMZ dan seluarnya....Ya Allah....afwan2 wahai sahabatku....aku memang tidak sengaja kerana menumpahkan air tersebut...afwan kathiran ye...tetapi NHMZ berkata; "hehe, takpela, lagipun nanti kan ana nak balik mandi juga kat rumah, takpe2 enti"...erm...rasa bersalah pula ye...tapi memang aku tak sengaja nak merempuh cawan tersebut...insyaAllah...aku doakan semoga Allah sentiasa merahmati kedua-dua orang sahabatku ini...

NHI.....NHMZ......Aku sangat merindui dan menyayangi kalian berdua kerana Allah...insyaAllah, semoga kita terus dalam ikatan ukhwahfillah ini dan juga bersama-sama terus tegar berjuang dalan jalan dakwah tersebut...insyaAllah...^_^


Di dalam bilik...
sambil layan lagu "Freedom" oleh Maher Zain...

Monday, March 28, 2011

LUAHAN HATI TERPENDAM...

In the name of Allah...
Dalam bilik, atas meja tulis. 27 Mac 2011. 6.58 pm


Firstly, aku mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana Dia telah banyak menolong dan masih memberikan jalan hidayah kepadaku dalam menempuh jalan yang berliku ini.
Aku memang tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya hati kecilku ini kerana Dia sudi memilihku dan menjagaku walaupun terdapat berbilion dan jutaan manusia di bumi ini. Memang sungguh menakjubkan. Itulah dia berkat daripada keyakinan dan keimanan kita bahawa yakin seratus peratus kepada kekuasaan dan pertolongan Allah dalam melakukan apa jua pekerjaan. Kita kena yakin bahawa Allah sentiasa melihat setiap perlakuan kita dan memerhatikan gerak langkah kita ini. Dan ingatlah bahawa kedua-dua malaikat di sisi kita tidak pernah meninggalkan sesuatu catatan pun walaupun kita melakukan amal kebajikan atau pun amalan kejahatan yang dianggap ringan. Mereka taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T tanpa perlu banyak berbicara.

Aku mengucapkan syukurku kepada Allah S.W.T kerana Dia telah menganugerahkan aku kedua-dua ibu dan bapa yang sangat penyayang dan mengasihani anak-anaknya. Aku sentiasa teringatkan kata-kata mereka : “Mak dan bah selalu ingat kat anak-anaknya melainkan waktu tidur je lupakan anak”. Itulah dia tanda kasih dan sayangnya ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Sekarang aku sudah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti yang sangat gemilang iaitu di UNIMAS. Walaupun jauh beribu batu, tetapi hatiku berat untuk meninggalkan ibu dan bapaku di kampung. Kalau ikutkan hati, aku rasa mahu balik selalu ke kampung melihat mak dan bah. Tetapi aku fikir semula bahawa aku datang ke sini, bukanlah untuk bermain-main dan berseronok kerana tidak dikongkong lagi dalam jagaan ibu dan bapa, tetapi aku memikirkan bahawa aku mempunyai amanah yang besar untuk dilaksanakan. TANGGUNGJAWAB!!! Ye..betul tu!! TANGGUNGJAWAB!!! Sesuatu yang sangat berat untuk aku mengendongnya. Jadi serba salah bagiku sekiranya aku mempermainkan amanah itu. Lagi satu amanahku ialah menjalankan sunnah Rasulullah S.A.W iaitu BERDAKWAH. Bunyinya agak pelik kerana mungkin ada yang beranggapan : “dah cukup ilmu sangat ke sampai nak berdakwah ni”?? tapi itulah yang perlu aku lakukan. Aku cuba untuk mengajak adik2 di universiti ke arah jalan yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk. Aku sedar diriku bukanlah seorang yang perfect kerana aku yakin tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna. Semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Begitu juga dengan diriku.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana telah terpilih untuk mengikuti jalan tarbiyah ini. Di UNIMAS inilah aku menemui suatu hidayah yang tiada nilainya dan sukar untuk dijaga dengan baik oleh seseorang manusia. Pada mulanya, ramai sahabat2 ku yang mengikuti jalan tarbiyah ini, tetapi entah kenapa apabila mereka telah dipengaruhi oleh kata2 fitnah yang cuba untuk menghalang daripada mengikuti jalan dakwah ini, akhirnya mereka mengundurkan diri tanpa sebarang berita. Mereka mengatakan mereka sibuk dengan pelajaran, tiada masa, ada discussion itu, ada discussion ini dan akhirnya mereka terus keluar daripada jalan dakwah ini. Yang tinggal hanyalah beberapa kerat sahaja. Mungkin ada hikmah-Nya kenapa Allah buat begitu. Mungkin Dia ingin mencari seseorang manusia dan khalifah yang sanggup berkorban bukan sahaja dari segi masa, jiwa, diri dan juga harta benda.

Ya!! Aku kembali teringat firman Allah S.W.T dalam kitab suci-Nya iaitu “barangsiapa yang menolong agama Allah, maka Allah akan meneguhkan kedudukannya itu. Aku kembali bertenaga selepas mengalami kesedihan yang sangat merundum. Allah itu sangat Luas Pengetahuan-Nya, Dia dapat kembali merawat jiwa-jiwa hamba2-Nya.
Kini, aku tekad dalam diriku bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita dan membahagiakan mak dan abahku di kampung. Lagi satu hasratku ialah, aku teringin sangat untuk menghantar mak dan abahku menunaikan umrah dan haji di Mekah. Aku dapat rasakan mereka memang teringin sangat untuk menjejakkan kaki dan menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Insya-Allah, ada rezeki lebih nanti, aku akan membawa mereka berdua.

Terima kasih juga kepada adik-beradikku kerana mereka sangat menyayangi dan mengambil berat tentang diriku ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan hasratku tercapai. Mereka tidak jemu untuk menolongku dari segi kewangan sekiranya aku sangat memerlukannya. Insya-Allah, aku akan sentiasa mendoakan rezeki mereka supaya dimurahkan selalu hendak-Nya. Amin Ya Rabb.

Thursday, January 6, 2011

Bermula sebuah perjuangan....


Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik kita sudah pun memasuki bulan yang baru, tahun yang baru, umur yang semakin meningkat, kematian yang semakin dekat, dan perjuangan menempuh cabaran dalam dakwah, pelajaran, kerjaya dan lain-lain mesti diteruskan. Insya-Allah, semoga Allah S.W.T memberi kekuatan iman dan kesihatan tubuh badan yang baik kepada kita.

Kadang kala aku terfikir, apakah matlamatku dalam hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba ini? Adakah hanya mengejar segulung ijazah dan cita-cita? Atau mencari keredhaan Allah? Memang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu itu penting kerana dengan ilmu, seseorang itu akan lebih dihormati, disanjungi, dan dapat meningkatkan taraf hidupannya.

Begitu la juga dengan aku yang sekarang ini sedang menuntut ilmu di bumi kenyalang ini. Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu aku hadapi untuk membalas jasa dan perngorbanan emak dan abahku. Tahun ini, aku akan berdepan dengan dugaan yang hebat iaitu menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA). Risau juga apabila pensyarah-pensyarah sudah bertanyakan progress work, sedangkan aku masih terkial-kial memikirkan subject matter apa yang sesuai dalam work aku tu...erm.........berehat dahulu, sambil memikirkan idea.......