Monday, November 14, 2011

14 November 2011

In the Name of Allah

Alhamdulillah, syukur sekali lagi kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, memberikan kita pinjaman nyawa untuk bernafas sehingga ke hari ini.

Hari ini 14 November 2011, Isnin, bersamaan 17 Zulhijjah 1432 Masihi, merupakan hari yang teristimewa kerana merupakan ulang tahun kelahiran abahku yang ke-64 tahun. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan aku seorang ayah yang sangat penyayang, murah dengan senyuman, peramah dan sentiasa mengambil berat akan anak-anaknya.


Bah, sempena ulang tahun kelahiranmu ini, adik ingin mendoakan semoga Bah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. InsyaAllah, mudah-mudahan umur yang masih ada ini, kita pertingkatkan lagi amal ibadat kepada Allah S.W.T

Akhir kata, kami sangat menyayangi Bah dan Mak. Semoga Bah dan Mak sentiasa berada dalam kerahmatan Allah S.W.T selalu. Amin.




Abah,
Kami tahu kasih sayang yang kami curahkan kepadamu,
Tak setanding kasih sayang ayah kepada anak-anaknya.
Namun, terimalah keikhlasan kami,
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini...




Selamat hari lahir kepada abah tersayang...

Daripada anak-anakmu,
Long, Ngah, De, Teh, Chik dan Adik.
Moga kasih sayang dan cinta ini kekal sehingga ke Syurga.

No comments:

Post a Comment

Jom komen. Cer tulis sikit.