Thursday, October 3, 2013

Semangat Baru

In the Name of Allah

Alhamdulillah, aku dapat menyambung pelajaranku dalam Master Pendidikan Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Semoga aku dapat menyumbangkan ilmu-ilmu Allah ini kepada ummah di luar sana. InsyaAllah..

Tuesday, October 9, 2012

Jubah itu milikku jua! (Bahagian 1)

In the Name of Allah

Alhamdulillah, selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan juga kepada sahabat dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, hari ini (Ahad, 7 Oktober 2012) aku kembali menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang setelah 7 bulan aku meninggalkannya. Subhanallah, banyak perubahan yang sudah berlaku di UNIMAS dan sekitar Kota Samarahan.

Aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 5.25 petang dan seterusnya menunggu kehadiran sahabatku yang akan mengambilku dan seterusnya membawa ke rumah sewa lamaku di Desa Ilmu. Subhanallah, apabila melihat 2 orang sahabatku itu, hatiku terus menjadi sebak kerana sudah lama kami tidak bertentang mata dan bergurau senda.

Seterusnya, aku dibawa terus pulang ke rumah. Rumah lama sewaku begitu juga. Tiada perubahan yang ketara aku lihat. Masih seperti dulu. Apabila aku hendak melangkah ke rumah dan seterusnya memberi salam kepada ahli rumah, aku merasakan aura kerinduan itu semakin memuncak ke dalam diri. Wah, aku disambut oleh ahli rumah dengan begitu istimewa sekali. Tidak berhenti mereka menemu bualku, mengenai perkembanganku di Pahang sana. Hehe. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Melainkan hanya menggunakan SMS, facebook dan telefon sahaja. Aku gembira dan sangat seronok apabila melihat mereka.

Sambung di Bahagian 2.. Tunggu ye..

Saturday, May 19, 2012

Rezeki di tangan Tuhan

In the Name of Allah

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita berjumpa pada hari ini. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan keluarga baginda.

Hambo Dhoif (HD) ingin meminta maaf kerana sudah lama mendiamkan diri. Maklumlah baru-baru ini, HD baharu sahaja mengambil peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di UMP Gambang. Alhamdulillah, walaupun soalan ada susah dan senang, HD berusaha juga untuk menjawabnya dan insyaAllah, sekiranya ada rezeki dalam jawatan tersebut, HD sangat gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana membolehkan HD membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa dan adik-beradik HD. 16 Jun 2012 nanti, result peperiksaan PTD akan keluar. HD sangat berharap agar terpilih salah seorang calon yang akan berjaya untuk pergi ke peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga. Daokan yang terbaik ye untuk HD.


Friday, April 6, 2012

Penghijrahan Bermula

In the Name of Allah

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan nabi kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, kini sudah 1 bulan lebih aku berada di perkampungan yang dirindui iaitu di Pekan, Pahang bersama ibu bapa yang tercinta. Kadang-kala hatiku masih lagi mengingati dan merindui sahabat2, para pensyarah, adik2 dan dakwah di Bumi Kenyalang. Maklumlah 3 tahun setengah aku menjadi anak perantauan di sana. Pelbagai cabaran dan rintangan yang telah aku lalui. InsyaAllah, bulan 10 nanti aku akan datang semula ke Sarawak yang dicintai ini sempena majlis konvokesyenku.


Sunday, February 5, 2012

Program Maulidur Rasul

In the Name of Allah

Sambutan maulidur rasul di Kota Samarahan, Sarawak.

Bersama-sama kita mengimarahkan majlis ini. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wednesday, February 1, 2012

Dengan Kekuasaan-MU

In the Name of Allah



Sentiasa ke hadapan


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kita peluang untuk bernafas pada hari ini. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, pada hari semalam 31 Januari 2012 merupakan tarikh yang mendebarkan bagiku kerana pada hari tersebut, keputusan peperiksaan untuk semester terakhirku akan keluar. Alhamdulillah, selepas aku membuka halaman UNIMAS iaitu e-pelajar, aku merasakan ingin menjerit pun ada dan menangis pun ada. Alhamdulillah, aku gembira sangat kerana mendapat 3A 1B dalam peperiksaan baru-baru ini. Pointer pun meningkat baik iaitu GPA-3.63 dan CGPA-3.20. Alhamdulillah, hanya Allah sahajalah yang mengetahui perasaanku ketika itu.

Apa lagi, aku pun mencapai telefon SAMSUNG kesayanganku itu, dan terus mencari nama ABAH di skrin telefonku untuk menceritakan berita itu kepada Mak dan Bah di kampung.

tet tet.... tet tet... tet tet...


Saturday, January 28, 2012

Surat seorang rijal tanpa hati


Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum wbt,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.