Friday, April 6, 2012

Penghijrahan Bermula

In the Name of Allah

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan nabi kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, kini sudah 1 bulan lebih aku berada di perkampungan yang dirindui iaitu di Pekan, Pahang bersama ibu bapa yang tercinta. Kadang-kala hatiku masih lagi mengingati dan merindui sahabat2, para pensyarah, adik2 dan dakwah di Bumi Kenyalang. Maklumlah 3 tahun setengah aku menjadi anak perantauan di sana. Pelbagai cabaran dan rintangan yang telah aku lalui. InsyaAllah, bulan 10 nanti aku akan datang semula ke Sarawak yang dicintai ini sempena majlis konvokesyenku.


Sepanjang aku berada di kampung, alhamdulillah, rohaniku tidak mati begitu sahaja kerana di sini pada setiap malam, baik di surau mahu pun di masjid, ada sahaja pengisian dan tazkirah daripada ustaz yang dijemput khas untuk mengimarahkan rumah Allah itu. Alhamdulillah. Tiap kali pergi ke rumah Allah itu, aku merasakan hatiku menjadi tenang dan terharu apabila melihat pakcik dan makcik yang setia untuk datang menimba ilmu. Hal ini menyebabkan hubungan silaturahim antara kami semakin hari semakin sayang. Hehe.

Buat pada masa sekarang, aku sedang mengambil lesen kereta dan motor. InsyaAllah, untuk memudahkan aku bergerak juga sekiranya mendapat pekerjaan nanti. "Kalau dah ada senanglah", bak kata emak. Alhamdulillah, pagi tadi aku baru sahaja selesai mengambil ujian komputer. Alhamdulillah, aku LULUS! Terima kasih Ya Allah.

InsyaAllah, moga selepas ini urusanku akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T begitu juga urusan sahabat2 yang dikasihi ini. Doakan diriku agar mendapat pekerjaan yang halal lagi baik. InsyaAllah.

Buat ini sahaja tatapan kepada kalian pada petang Jumaat yang mulia ini. InsyaAllah, seandainya ada umur yang panjang, kita akan berjumpa lagi. =) Jaga iman, diri dan Allah baik2.



Di KFC Pekan,
---sedapnya bau ayam, lapor la pulak---




1 comment:

  1. salam, kak sya..rindu kak sya la..huhu..pe2 pun good luck semoga kita sama2 terus dalam perjuangan dakwah kita yea...jumpa nanti bulan oktober..^_^

    ReplyDelete

Jom komen. Cer tulis sikit.