In the Name of Allah
Alhamdulillah, selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan juga kepada sahabat dan keluarga Baginda.
Alhamdulillah, hari ini (Ahad, 7 Oktober 2012) aku kembali menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang setelah 7 bulan aku meninggalkannya. Subhanallah, banyak perubahan yang sudah berlaku di UNIMAS dan sekitar Kota Samarahan.
Aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 5.25 petang dan seterusnya menunggu kehadiran sahabatku yang akan mengambilku dan seterusnya membawa ke rumah sewa lamaku di Desa Ilmu. Subhanallah, apabila melihat 2 orang sahabatku itu, hatiku terus menjadi sebak kerana sudah lama kami tidak bertentang mata dan bergurau senda.
Seterusnya, aku dibawa terus pulang ke rumah. Rumah lama sewaku begitu juga. Tiada perubahan yang ketara aku lihat. Masih seperti dulu. Apabila aku hendak melangkah ke rumah dan seterusnya memberi salam kepada ahli rumah, aku merasakan aura kerinduan itu semakin memuncak ke dalam diri. Wah, aku disambut oleh ahli rumah dengan begitu istimewa sekali. Tidak berhenti mereka menemu bualku, mengenai perkembanganku di Pahang sana. Hehe. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Melainkan hanya menggunakan SMS, facebook dan telefon sahaja. Aku gembira dan sangat seronok apabila melihat mereka.
Sambung di Bahagian 2.. Tunggu ye..
No comments:
Post a Comment
Jom komen. Cer tulis sikit.