Wednesday, February 1, 2012

Dengan Kekuasaan-MU

In the Name of Allah



Sentiasa ke hadapan


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kita peluang untuk bernafas pada hari ini. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, pada hari semalam 31 Januari 2012 merupakan tarikh yang mendebarkan bagiku kerana pada hari tersebut, keputusan peperiksaan untuk semester terakhirku akan keluar. Alhamdulillah, selepas aku membuka halaman UNIMAS iaitu e-pelajar, aku merasakan ingin menjerit pun ada dan menangis pun ada. Alhamdulillah, aku gembira sangat kerana mendapat 3A 1B dalam peperiksaan baru-baru ini. Pointer pun meningkat baik iaitu GPA-3.63 dan CGPA-3.20. Alhamdulillah, hanya Allah sahajalah yang mengetahui perasaanku ketika itu.

Apa lagi, aku pun mencapai telefon SAMSUNG kesayanganku itu, dan terus mencari nama ABAH di skrin telefonku untuk menceritakan berita itu kepada Mak dan Bah di kampung.

tet tet.... tet tet... tet tet...


Aku pun mendengar suara sayup di sana... Mak ku yang menjawab panggilan dan menjawab salamku...

"Assalamualaikum.. Mak, wat pe tu?"
"Wa'alaikumusalam.. Tengoh masok kat dapor. Nape dik?"
"Mak, result exam adik doh kuar Mak.. Alhamdulillah, adik dapat 3A 1B. Adik target 4A tapi x dapat yek."
"Alhamdulillah... Syukur la pada Allah dik"..
"Time kasih banyok2 ye Mak dan Bah, doakan adik selama ni"..
"Yela ye"..
"Dah tu dik, boleh ke nak sambung master?"
"InsyaAllah Mak, pointer adik 3 ke atas, layak doh kalu nak amik master"..
"Kawan-kawan adik yang lain tu macamner?"
"Oh.. Dorang ada x check lagi Mak coz dorang ada yang doh balik kampung kan, adik x mesej pulak dorang tanya result"..
"Xpelah"..
"Ok, Mak.. Bah mane Mak?"
"Ada kat tanoh (luar rumah)"..
"Ok, Mak.. Nanti kim salam kat Bah ye Mak"..
"InsyaAllah"..
"Ok, Mak. Tima kasih sekali ye Mak dan Bah doakan adik"..
"Sama2 la ye"..
"K, Mak.. Kim salam kat Bah ye. Assalamualaikum"..
"Ok insyaAllah, wa'alaikumusalam"..

Aku dan Mak pun mematikan talian..

Masa tu air mataku memang dah mengalir laju dah. Entahlah, mungkin terlalu sebak dan terharu kerana aku tidak pernah terbayang akan mendapat result seperti ini. Alhamdulillah, Allah perkenankan juga doaku, doa ibu bapaku, doa adik beradikku dan doa makhluk2-Nya. Alhamdulillah Ya Allah. Sujud syukur kepada-Mu..

Selepas itu, barulah aku menghantar mesej kepada adik beradikku mengenai berita gembira ini. Alhamdulillah, ini juga daripada doa mereka jua. Aku tidak akan melupakan adik beradikku yang sentiasa menghulurkan bantuan sepanjang aku berada di Bumi Kenyalang dan tidak putus-putus memberikan kata semangat dan sokongan kepadaku. Aku sangat hargainya.

Kepada pensyarah-pensyarahku iaitu En. Anuar, Prof. Zulkalnain, En. Wan, En. Yakup, En. Awang, En. Hakimi, En. Hisyam, En. Nizam, En. Nasriman, Puan Dayang Sariah, Puan Wan Robiah, Puan Salbia dan technition2 dan pensyarah2 yang lain, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu kepada kami. InsyaAllah, jasa baik kalian tidak akan saya lupakan. Semoga kalian berbahagia selalu hendak-Nya.

Tapi yang penting, aku memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan bantuan dan petolongan-Nya lah, aku mendapat result seperti ini. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.

InsyaAllah, 22 Februari nanti, aku akan balik ke Pahang kerana sudah tamat pengajianku di UNIMAS GEMILANG ini. InsyaAllah, dipanjangkan umur, aku akan datang semula semasa majlis konvokesyen nanti. InsyaAllah.

Semoga impian ku untuk menyambung di peringkat Master akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan dapat meningkatkan taraf hidup keluargaku. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku ini. Amin Ya Rabb.

Terima kasih kepada kalian kerana sudi membaca coretan dan sedikit pengalaman yang saya nukilkan ini. InsyaAllah, saya mendoakan semoga kalian lebih cemerlang lagi pada masa hadapan dan kita bersama-sama sentiasa berada di bawah kerahmatan dan keredhaan-Nya. Amin Ya Rabb..

1 comment:

  1. Dan Allah itu Maha Mengetahui kehendak hambaNya. Jauh target kita banyak jua makbulnya. Allah berfirman maksudnya," Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah kamu dustakan?" Selain kata tahniah ku berdoa semoga cintamu pada Nya semakin bertambah hendakNya. A..min...

    ReplyDelete

Jom komen. Cer tulis sikit.