In the Name of Allah
Sentiasa ke hadapan
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kita peluang untuk bernafas pada hari ini. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah, pada hari semalam 31 Januari 2012 merupakan tarikh yang mendebarkan bagiku kerana pada hari tersebut, keputusan peperiksaan untuk semester terakhirku akan keluar. Alhamdulillah, selepas aku membuka halaman UNIMAS iaitu e-pelajar, aku merasakan ingin menjerit pun ada dan menangis pun ada.
Alhamdulillah, aku gembira sangat kerana mendapat 3A 1B dalam peperiksaan baru-baru ini. Pointer pun meningkat baik iaitu GPA-3.63 dan CGPA-3.20. Alhamdulillah, hanya Allah sahajalah yang mengetahui perasaanku ketika itu.
Apa lagi, aku pun mencapai telefon SAMSUNG kesayanganku itu, dan terus mencari nama ABAH di skrin telefonku untuk menceritakan berita itu kepada Mak dan Bah di kampung.
tet tet.... tet tet... tet tet...